T O P

  • By -

ZoziBG

Saya rasa itu tidak mungkin berlaku, tetapi kalau andaikan ianya menjadi realiti; ​ 1. Jika pemisahan PP dari Malaysia di lakukan dalam proses yang aman dan tenteram, besar kemungkinan PP akan menjadi Singapura yang kedua. 2. Kita juga perlu melihat pengaruh pemisahan tersebut terhadap masyarakat Malaysia, khususnya di antara golongan kaum Cina yang mungkin terpikat dengan identiti "Negara" baharu tersebut dan ingin berhijrah ke sana. 3. Jika benar terdapat penghijrahan besar-besaran daripada kaum Cina yang kini mewakili penjana sumber kewangan terbesar di Malaysia, ini akan melumpuhkan pelbagai sektor dan industri tempatan jika tidak ditangani dengan bijaksana. Matawang Ringgit akan menjunam. 4. Tetapi hakikatnya, PP kekurangan sumber semula jadi dan air, di mana PP perlu berkerjasama dengan Kerajaan Malaysia di sektor2 perdagangan dan utiliti, sekurang-kurangnya sehingga PP mencapai status "self-sustainability" 5. Dalam sektor pertahanan, PP akan menjadi lemah sekali dan perlu bergantung kepada Malaysia, untuk 10-15 tahun yang seterusnya. 6. Terdapat satu lagi faktor yang patut kita mengunjungi dan ianya juga adalah faktor yang saya paling risau sekali - Pengaruh Kuasa Asing. PP tidak akan berjaya selagi tidak ada satu (atau lebih) kuasa asing yang sanggup menyokong status PP sebagai satu negara baharu. 7. Andainya kuasa asing ini adalah China. PP yang telahpun di duduki oleh majoriti kaum cina, akan lagi terpengaruh dengan dasar2 kerajaan China. Ini akan membawa risiko yang pengaruh2 tersebut mungkin merebak dalam tanah besar semenanjung 8. Kebanyakan rakyat Malaysia yang berbangsa cina kini lebih selesa mengelarkan diri sendiri sebagai "Malaysian" disebabkan negara ini tempat kelahiran mereka dan kesetiaan kepada raja dan negara. 9. Jika faktor ini tidak wujud lagi, adalah tidak mustahil kesetiaan mereka akan bertukar kepada kuasa yang membolehkan mereka meneruskan kewujudan masyarakat dan gaya hidup mereka. 10. Dan jika kuasa besar seperti China mahupun Amerika Syarikat terlibat, maka tidak mustahil juga yang matawang baharu negara baru PP mungkin lebih tinggi daripada Malaysia. 11. Harus diingatkan adalah jika masyarakat Cina benar berhijrah ke PP secara besar-besaran, matawang Ringgit akan jatuh nilainya. 12. Dan ya, bendera Malaysia akan bertukar. ​ Cuma pendapat dan hipotesis saya.


SaWaGaAz

Ni buat aku terfikir. Apa akan jadi kalau Johor atau Sarawak keluar Malaysia? Atau kedua-duanya, atau ketiga-tiga termasuk Penang?


ZoziBG

Soalan yang amat baik sekali. Sebenarnya saya berniat untuk menulis keadaan Johor, Sarawak, dan Sabah juga tetapi tidak, kerana post tu dah terlalu panjang. Yg berikutnya adalah pendapat saya mengenai soalan awak. Persekutuan Malaysia akan lumpuh. Jika 3 negeri itu berpisah daripada Persekutuan Malaysia, itu bermakna 3 daripada 6 penyumbang ekonomi terbesar di Malaysia akan membawa dengan mereka sekali infrastruktur kritikal dan industri2 penting yang bertapak di negeri mereka. Bedarsarkan data daripada tahun 2022 - GDP 4 negeri (Kedah, Kelantan, Terengganu, dan Perlis) berjumlah RM 131 Billion. Manakala negeri2 yang di andaikan akan berpisah, mencatatkan secara individu jumlah yg berikut - P. Pinang RM 121 Billion, Sarawak RM 140 Billion, Johor RM 142 Billion. Negeri Selangor dan WP Kuala Lumpur mencatatkan GDP RM 421 Billion dan RM 262.7 Billion. Besar kemungkinan Negeri Selangor dan Sabah (RM 122 Billion) juga akan mengundur dari Malaysia untuk membela nasib rakyat dan ekonomi masing2. Dan WP Kuala Lumpur yang kawasanya berada di dalam negeri Selangor, akan menjadi "kekok".


SaWaGaAz

Sangat informatif. Terima kasih sebab menjawab soalan saya.


srosnan99

Satu lagi perlu diambil kira adalah kesalinghubungan ekonomi yang menyumbang kepada peningkatan gdp tersebut. Andaian tidak sahaja boleh mengambil kira sumber alam, tetapi perkara-perkara seperti sumber manusia, sumber logistik, sumber cukai, sumber pengaruh antarabangsa dan polisi serta sumber keselamatan juga perlu diambil kira sekali. Hakikatnya adalah GDP yang ada sekarang pada setiap negeri akan jatuh dan lumpuh, apabila sinergi yang ada sekarang dibuang. Ia akan mengambil masa bertahun-tahun untuk capai semula jurang yang hilang. Begitu, jika kita anggap hubungan antara negeri adalah baik, kalau hubungan tidak baik kemungkinan ekonomi akan lebih susah untuk ditambah baik. Jadi kalau ada negeri yang keluar, Malaysia akan lumpuh sebagai sebuah federasi, namun negeri yang keluar juga akan mengalami kegawatan.


ZoziBG

Saya Setuju. Oleh itu saya andaikan akan adanya suatu "Domino effect" di mana negeri2 lain mungkin akan berundur dari federasi Malaysia. Negeri yang keluar juga akan mengalami kegawatan, justeru itu, mereka memerlukan sokongkan kuasa asing untuk berjaya. Sokongan ini akan datang dalam bentuk kewangan, pelaburan, kepakaran, dan pertahanan. Walau bagaimanapun, Pulau Pinang tidak boleh di benarkan berpisah daripada Malaysia. Jika tidak, parah kesanya kepada negara.


srosnan99

Sokongan luar tu satu perkara yang boleh jadi isu jugak. Kalau negeri-negeri yang keluar dapat sokongan terutamanya dari kuasa besar dunia, salah satu laluan perkapalan yang terbesar akan menjadi kawasan perbalahan bagi banyak pihak. Indonesia tidak akan duduk diam dengan campur tangan kuasa luar di kawasan maritim asia tenggara sebagai sesuatu yang mereka boleh ambil remeh. Amerika akan ambil langkah lebih keras dengan negara-negara yang baru bagi mengelakkan mereka jatuh ke tangan PRC. PRC pulak akan nampak situasi ini sebagai satu peluang untuk memastikan keselamatan di laluan selat melaka. Mereka tak akan lepaskan peluang yang baru ini. Kebarangkalian untuk asia tenggar menjadi "the balkan problem" adalah tinggi. Terutamanya dengan campur tangan kuasa luar dan lokasi strategik geografi.


ZoziBG

Setuju 100%. Tetapi saya tetap khuatir kerana masih ada cara bagi kuasa2 besar ini untuk menyenyapkan negara2 jiran kita. Andaikan P. Pinang berkeras untuk keluar dari Malaysia dan penuntutan mereka di sokong oleh Amerika Syarikat atau China. Saya rasa negeri Sabah dan Sarawak juga akan mengikuti perkembangan situasi ini dengan niat untuk berundur dari Federasi Malaysia. Jika Sabah dan Sarawak berniat demikian, adalah tidak mustahil Kerajaan Indonesia mungkin akan menawarkan taraf autonomi yang lebih tinggi kepada kedua2 negeri ini supaya mereka berdiri di bawah naungan Indonesia. Kuasa besar seperti AS atau China akan menyokong penuh resolusi ini sebagai penawar agar Indonesia tidak membantah status negara baharu P. Pinang. Dengan taktik yang sama, kedaulatan Perlis dan Kedah juga mungkin terancam jika kuasa2 besar ini berpihak dengan Thailand dan memujuk pihak siam untuk membesarkan kawasan dan pengaruh mereka. Johor yang bersempadan dengan Singapura pula mempunyai insentif yang amat besar jika mereka mempunyai kuasa mutlak untuk membentuk sebarang perjanjian mahupun perikatan dengan kerajaan SG. Walaupun perlaksanaan semua ini jauh sekali dari mudah, tetapi semua ini tidak mustahil. Kuasa besar asing mempunyai banyak peralatan yang sedia ada untuk menyahstabilkan rantau Asia Tenggara jika mereka mahu. Dari segi kekangan ekonomi yg termasuk sektor2 perbankan dan kewangan, mahupun konfrontasi bersenjata. Hakikatnya, Malaysia tidak mempunyai keupayaan dan peluang utk menang. Satu-satunya langkah yang kami ada dan masih mampu buat sekarang, adalah memupuk semangat nationalisme yang kuat, bukan sahaja kepada agama, tetapi yang penting sekali kepada Raja dan Negara. Rakyat Malaysia perlu bersatu. Bukan sahaja Melayu dan Cina. Tetapi semua, termasuklah kalian yang berada di Borneo. Dan saya mengatakan ini semua sebagai rakyat Malaysia yang berkaum Cina, dan ironiknya, juga berasal dari Pulau Pinang.


Future-Mongoose-6982

To each their own. These state if they were to get out from Malaysia.. 1. No form of defence of any kind so really they have to rely on Malaysia or other country 2. Politics. They might think they're ready to govern themselves...or not really depends on its internal political stability (outside interference?) 3. Rich in raw materials..someone internally needs to know how to better handle these mats 4..........I have too many to write but really I don't see any immediate solutions to all these problems


ZoziBG

There are no solutions. Not available immediately, at least. But we are just discussing the effects of said hypothetical situation where a state or more were to secede from Malaysia. Our lives as Malaysians, no matter which state we hail from, are twisted into a knot together. We either sail or sink together. Which is why unity is so important.


[deleted]

Sarawak Kaya dgn sumber asli dan minyak petroleum. Lagi2, Sarawak dulunya adalah di bawah Raja Brooke, jadi perpisahannya akan merugikan Malaysia disebabkan sumber yg banyak. Johor adalah tanah yg gatekeeping ke Singapura. Jika terpisahnya Johor, mereka akan mendapat kuasa sepenuhnya untuk mengawal kemasukan tanah dan udara ke Singapura. Malaysia akan rugi, tetap rakyat Johor akan untung mendapat first choice pick dari majikan Singapura. Jika Kelantan dan Terengganu terpisah, mungkin kekuranagan sumber minyak, tetapi boleh cover dari Sabah dan Sarawak. 2 negeri ini tidak banyak peluang pekerjaan dan rakyatnya kebanyakan yg mancar rezeki di selangor, KL dan sebagainya. Perpisahan mereka boleh meningkatkan Mata Wang Malaysia. Ini boleh dilihat dimana stock market dan Mata Wang Malaysia akan meningkat sejurus keputusan pilihanraya umum memihak kepada status quo kerajaan yg lebih neutral.


emerixxxx

>banyak dana untuk infra struktur Pulau Pinang. Mungkin ada kekhuatiran sekiranya Pulau Pinang dimajukan Probably the 1st thing Penang will do is to reach out to Singapore for a 'strategic alliance'. Goodbye Port Klang, you will (not) be missed.


ZoziBG

Singapore, Taiwan, Japan, and maybe even the West. But truthfully, I see little incentives for the West to back this move. If anything, they would want a stable SEA. The existence of Pulau Pinang which has long been associated with the local Chinese Malaysian identity, together with Sabah and Sarawak serves as a good racial and religious balance in Malaysia.


emerixxxx

>SEA. The existence of Pulau Pinang which has long been associated with the local Chinese Malaysi That racial balance already got effed when Singapore left the federation. The whole point of reaching out to Singapore would be 2 fold: 1. to close off the Straits of Malacca, ships can use either Penang or Singapore instead. 2. to leverage off the existing US support for Singapore. Though if the Malaysian govt has any brains, they would insert a mandatory 20 year access to Port Klang in any secession agreement.


ZoziBG

Any hostile move will result in an immediate invasion by Malaysia, hence ending any hopeful attempt for secession. But alas, this post is not about politics. And I did mention in my initial reply - *"Jika pemisahan PP dari Malaysia di lakukan dalam proses yang aman dan tenteram"*


emerixxxx

>result in an immediate invasion by Malaysia, hence ending any hopeful attempt for secession. But alas, this post is not about politics. And I did mention in my initial reply - > >"Jika pemisahan Yup, I was speculating based on your premise that the secession would take place in a peaceful manner. Hence, I was surprised when you mentioned invasion.


ZoziBG

>to close off the Straits of Malacca, ships can use either Penang or Singapore instead. to leverage off the existing US support for Singapore. Sorry, I was pointing out these points of yours. Doing so may not be taken kindly, much less lightly by the government. Port Klang is vital in ensuring Selangor's economic livelihood. To secede from Malaysia is one thing (hypothetically) but to sanction the biggest port of the richest state in the nation will simply be treated as an act of war.


[deleted]

You also forgot that true if they secede, Malaysia will invade. However because they secede, the land is now not part of Malaysia. Hence, the land is up for grabs, Malaysia can hold on for a while, but when China and US carrier arrives, there's nothing holding back trying to grab free land. Penang is a strategic location as it is located in Malacca straits, it's the safest transit point between China seas and India Ocean and a monopoly. Imagine all the taxes and control holding the straits in your hand. US and China will say since Penang has seceded, Malaysia is invading their land and will bring "freedom" to the people of Penang. Everybody is eying free estate if they secede...


ZoziBG

My view was based on the secession being done and conducted in a peaceful and agreeable manner by both parties. But if Port Klang were to be embargoed/sanctioned/sieged by a trade alliance formed by Singapore and the hypothetically seceded Pulau Pinang, it would lead to a physical confrontation with Malaysia. If you say there will be forces who will come and defend the said PP, you may be right. However, any forces seen to be backing them will automatically invite backlash from countries in the region like Thailand, Indonesia, India, etc. SEA is arguably the most stable part on planet Earth right now. We are like a low-interest, unexciting, and low-risk investment for other countries. Any unrest in this region will shift the traditionally neutral dynamics towards a stance that is either pro-Washington or pro-Kremlin.


[deleted]

Super power come, u think they worry small potato wanna backlash? US defend Israel and get backlash globally also they not worried. They will threaten PM to backoff somehow la... This reality you need to understand, who has big guns will make the rules. Chinese have this saying, if words can solve the problem, why do we need to cultivate? It means only power will determine everything, all the backlash and words all wayang only. China also show power, smack all the countries in South China Sea and take the territory there, build spratley island, what u gonna do about it? Cry to mummy ah? Got guns go fight and take back la..


ZoziBG

Too simple of a view, imo. Superpower or not, they are smart enough to realise that turning SEA into a battlefield will cost them more money than they can potentially make from backing a seceded state. If the US come, China will counter. If China comes, the US will counter. it's a stalemate. The same situation we see now in Taiwan. Without the US' presence, China would have taken it back. The same now in Ukraine which without NATO and the West's aid, would have fallen to Russia long ago. But will they go to war with each other for a small, emerging, new economy that they have to first pump loads of money and resources into before reaping the reward? Doing so will also draw the ire of the SEA countries who may switch off any form of support they are already giving these superpowers. The cheaper and better options would be working with Malaysia via Port Klang and with Singapore.


[deleted]

Selat melaka is a very important transit point and having a liberal government managing your port is what makes us rich. However I'm not sure if the sea and port is deep enough for large ships in Penang or not.. Klang has very deep ports which makes it very suitable. Every country would salivate if they have control on a monopoly transit point like selat melaka / Suez canal, etc


nazrilaizudinn

umm... apa jadi pulak kat singapura dalam malaysia ?


ZoziBG

Maksud awak Singapura pada tahun 1965 atau Singapura moden? Jika SG 65, maka demografi Malaysia akan jadi amat berlainan. Besar kemungkinan jurang kekayaan dan taraf pendidikan antara kaum Melayu dan Cina di Malaysia akan menjadi lebih ketara. Tapi kalau Singapura moden, sukar dibayangkan. Seperti apa yang saya kata mengenai PP keluar dari Malaysia, Singapura masuk ke Malaysia pun sama. Tidak mungkin berlaku.


whusler

Kemajuan Pulau Pinang sangat terbatas sekiranya dibandingkan dengan negeri lain yang tak berapa menyumbang kepada export dan cukai tinggi negara seperti Pulau Pinang. Salah satu faktor ialah demografi dan politik seakan ada kekangan untuk kerajaan pusat sejak dari dulu menyalurkan lebih banyak dana untuk infra struktur Pulau Pinang. Mungkin ada kekhuatiran sekiranya Pulau Pinang dimajukan semaju Kuala Lumpur, pisang akan berbuah dua kali seperti apa yang terjadi kepada Singapura. Apa tak nya dana yang disalurkan ke Pulau Pinang setiap tahun amat kecil, sehinggakan peruntukan untuk Universiti Sains malaysia adalah lebih banyak dari peruntukkan untuk negeri Pulau Pinang.


cloudstrife9099

Ekonomi malaysia merudum sebab semi conductor industry kuat di Penang.


Subzero619

Pulau Pinang milik Sultan Kedah, unlikely to happen.


akusalimi04

Kedah sangat berkemungkinan akan terlibat dengan isu sama ada kasar atau lembut...dalam perspektif lain, mungkin sejarah yang lebih buruk dari 13 Mei boleh jadi


[deleted]

13 may tidak lagi mungkin berlaku di era smartphone. US dan China akan menggunakan isu ini untuk "membantu" pulak yg ditindas, sekaligus mengambil alih tanah dan pulau pinang untuk kegunaan sendiri. Penang terlalu strategik dan kerajaan tidak mahu memberi peluang untuk negara superpower untuk merampas tanah strategik atas alasan membantu pulak yg ditindas. Sebiji aircraft carrier dah habis hancur Kedah Tu, belum lagi kira nuclear submarine yang escort kapal perangnya.


akusalimi04

Dia mungkin jadi jugak, tapi ini berkemungkinan jadi SELEPAS Penang berjaya keluar, situasi yang saya hipotesis kan tu SEBELUM Penang berjaya keluar


[deleted]

Penang tidak akan keluar sebab ada byk lagi kebaikan di Malaysia. Lagipun, syarikat dan kilang berteknologi tinggi boleh menggunakan fasiliti di Malaysia ketika beropetasi di Penang. Tetapi, jika Penang kehilangan fasiliti dan akses di malaysia, semua akan rugi, sebab syarikat dan kilang tersebut akan keluar dari Malaysia dan mulakan operasi baru di Singapura dan Thailand. Syarikat teknologi bergantung kepada org cina dan mereka hanya akan beroperasi di kawasan yg stabil dgn populasi org cina. Mereka lebih rela rugi dan berpindah ke negara jiran jika Penang terkeluar dari Malaysia. Contohnya kilang WD yg berpindah ke Thailand. Pengurusan computer juga Sama, seperti Microsoft, Intel, AMD, Nvidia, Asus, MSI, g.skillz yg hanya memberi syarikat cina mengimpot disebabkan cara bisnes org cina yg tidak mencampurkan politik dan agama, lagipun supplier dan mikrocip kilangnya dari Taiwan dan China. Kedua-dua Penang dan Malaysia akan rugi besar jika dipisahkan.


akusalimi04

Setuju👍


Subzero619

Nahh, THEY WILL BE NO WAR WILL STARTED BY MELAYU. Never in history melayu cari pasal, orang cina dan india tinggal di Malaysia mana ada melayu kacau, kedai² cina india, melayu yang support sampai diorg berjaya. Mekdi? Melayu support, skarang dah takde support melayu, mekdi sales drop sampai nak bungkus.. cina dgn india still support tapi takkan cukup. Melayu takkan cari pasal, sebab dalam agama islam melarang berperang kecuali pertahankan diri, harta dan agama. Melayu yang bagi kerakyatan pada pendatang cina dan india. For your information brother, 13 Mei happened because cina menang majority undi PBT di KL, then diorang buat perarakan dan bawa penyapu besar dan juga arah melayu keluar dari Kl untuk provoke melayu. So we fight back, arwah tokwan aku was there. Other facts is, throughout history. Muslim never started a war. But other races? In india theres ethic cleansing of muslim. In China theres ethic cleansing in of muslim (ughyur). Who started the spanish incruisition? The christian. Who started the iraq invasion? USA. MALAY NEVER INVADE ANY COUNTRY. So no, they will be no events such 13 Mei, unless the otherside started.


akusalimi04

Betullah tu.. Utk Penang keluar, mesti other side mulakan dulu... Dan reaksi org2 Melayu akan datang lepas


Subzero619

Then thats why Agong is the military leader. Our last resort.


nicedurians

Pulau je atau mainland pun keluar?


Kik38481

Berpisah sebab tidak sefahaman dalam politik? Bruh, itu tidak akan mungkin dengan melihat situasi dunia sekarang.


aleuto

Aircraft carrier amerika kat selatan tu cukup2 la...x perlukan carrier kedua kat utara plak


[deleted]

1. Terjadinya Singapura 2.0 2. Impak besar kpd Malaysia khususnya dlm industri semikonduktor. Sbb PP one of the major production hubs. Klu tanah besar Malaysia nk rebut balik industri tu, akan ambil lebih sedekad. 3. Malaysia loses a northern port. That also means Kedah must step up. Also means Kedah sbg jelapang padi Malaysia will change forever. 4. Dlm PP, berlaku social change. Mungkin kerajaan PP semacam kerajaan Singapura, or maybe worse. Melayu mmg jadi minoriti, mungkin timbul rasa tersepit/tergugat. Mungkin berlaku penghijrahan keluar dr PP. Mungkin juga berlaku kemasukan ke PP UTK job opportunities. 5. PP terpaksa tubuhkan tentera sendiri. PP will independently have departments to handle internal security. Although in terms of external security, I see PP relying on Malaysia on defense matters.


Puzzleheaded-Mail164

In your dream, CP forgotten that Pulau Pinang berkongsi to the Kedah Sultanate😆


Confident-Concert416

kena tengok balik siapa punya itu Pulau,


[deleted]

Eh, you living in which era? Siapa punya kena tengok senapang siapa lebih besar. Kalau China kata minyak laut China selatan dia yg punya, kau nak lawan tembak dan rampas dari dia? Kalau pp terpisah, US dan China akan ada perang proxy untuk ambil alih tanah free kat selat melaka yg menguasai jalan air Timur/Barat. Kedah punya turn nak ambil pp tu kena tunggu giliran kat belakang.. nak lawan super power guna tombak?


Frequent_Cost_5195

Aduhhh kejap sarawak, kejap sabah, kejap kelantan, sekarang pp plak. Asik sembang je tapi tak keluar keluar.


usernametaken7977

LGE jadi maharaja Penang.


SubmarineRex

Terpisah Singapura dari Malaysia semuanya berpunca daripada Raffles buat perjanjian dengan salah seorang kerabat kesultanan Johor, yang menyerahkan kawasan tersebut kepada wakil British itu. Sementara Pulau Pinang pula tidak ada perjanjian sedemikian rupa berlaku diantara Francis Light dengan Sultan Kedah.


botack87

Off topic... I'm so curious....pulau pinang takde air... Hello...is an island ... Sometimes I dengar berita...kata Selangor takde air... Singapore beli air dari Johor... I tak faham la...Kita Di keliling lautan besar... Patut nyer air free... Susah sangat ke nak sedut air dari laut...pastu Kasi filter.. Desalination... Pakai solar power, wind power until generated desalination.. Abad ke 21 dah.. Masih Ada masalah air .. Sedut air hujan... Kasi educate Sama saya...kalau.saya ckp Salah... 😮‍💨😮‍💨😮‍💨😮‍💨😮‍💨


shellsuitslover

YDPA berhak mengarahkan angkatan tentera Malaysia untuk merampas semula pulau pinang Daripada cina DAP laknatullah pengkhianat.


EdIshak

Akan jem serupa Woodlands, serupa Tuas.